Chat with us, powered by LiveChat

Apakah Forex

Apakah Dagangan Tukaran Asing (Forex)?

Tukaran asing, lazim dikenali sebagai ‘Forex’ atau ‘FX’, merupakan pertukaran satu matawang kepada matawang lain pada kadar pertukaran yang dipersetujui dalam pasaran kaunter (OTC). Forex ialah pasaran yang paling banyak diperdagangkan, dengan purata pusing ganti melebihi US$5.3 trilion setiap hari.

  • Dagangan Forex 24 Jam
  • Leveraj
  • Harga
  • Pip (Peratusan Mata)
  • Sebaran (Spread)
  • Apakah yang mempengaruhi harga Forex?
  • Apakah maksud kedudukan panjang (long) atau pendek (short)?
  • Mata wang yang paling kerap diperdagangkan di pasaran FX
  • Corak Lilin dan Carta Lilin
  • Aliran Pasaran Turun (Bearish) dan Naik (Bullish)

Dagangan Forex 24 Jam

Salah satu elemen utama yang meningkatkan populariti Forex ialah, antara lainnya, aktiviti dagangan dibuka 24 jam sehari dari malam Ahad sehingga petang Jumaat. Perdagangan dijalankan sepanjang masa, ia dibuka pada pagi Isnin di Wellington, New Zealand, seterusnya melangkau zon waktu hingga dagangan Asia dibuka di Tokyo dan Singapura, sebelum bergerak ke London dan ditutup pada petang Jumaat di New York.

Harga yang tersedia untuk diperdagangkan 24 jam sehari membantu memastikan kurang berlaku lompatan harga (apabila harga melonjak daripada satu tahap kepada tahap lain tanpa diniagakan) dan memastikan pedagang boleh mengambil kedudukan walau di mana mereka berada, tanpa mengira waktu, walaupun hakikatnya terdapat waktu-waktu ‘reda’ apabila volum berada di bawah paras purata harian, yang boleh meluaskan sebaran pasaran

Leveraj

Tukaran asing ialah produk yang mempunyai leveraj (atau margin), yang bermakna anda hanya perlu mendepositkan peratusan kecil nilai penuh kedudukan anda untuk melakukan dagangan Forex. Ini bermaksud keupayaan untuk mengaut keuntungan, atau menghadapi kerugian, daripada perbelanjaan modal adalah lebih tinggi daripada perdagangan konvensional.

Leveraj 1:20 atau lebih rendah amat disyorkan untuk melindungi akaun anda daripada kemungkinan senario lebih dagang dan lebih leveraj. Bagi saiz akaun melebihi USD 10,000, anda sememangnya digalakkan untuk mengikut konfigurasi di atas.

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa leveraj 1:10 ialah nilai terbaik untuk melindungi modal daripada kejutan pasaran yang berlaku secara tiba-tiba seperti yang disaksikan dalam beberapa peristiwa Black Swan.

Harga

Semua urus niaga Forex disebut mengikut padanan nilai satu mata wang berbanding yang lain. Setiap pasangan mata wang mempunyai mata wang ‘asas’ dan mata wang ‘pesaing’. Mata wang asas terletak di sebelah kiri pasangan mata wang tersebut manakala mata wang pesaing terletak di sebelah kanan.

Sebagai contoh, dalam EUR/USD, EUR ialah mata wang ‘asas’ dan USD ialah mata wang ‘pesaing’. Pergerakan harga Forex dicetuskan oleh mata wang yang bertambah nilai (semakin kukuh) atau susut nilai (semakin lemah). Sebagai contoh, jika harga EUR/USD jatuh, ini menandakan bahawa mata wang pesaing (Dolar US) sedang bertambah nilai, manakala mata wang asas (Euro) sedang mengalami susut nilai.

Semasa mendagangkan harga Forex, anda hendaklah membeli pasangan mata wang jika anda percaya mata wang asas akan lebih kukuh berbanding mata wang pesaing. Sebaliknya, anda hendaklah menjual pasangan mata wang jika anda percaya mata wang asas akan menjadi lebih lemah berbanding mata wang pesaing.

Beberapa contoh pasangan mata wang utama ialah:

  • EUR/USD (Nilai 1 EUR dinyatakan dalam Dolar US)
  • USD/CHF (Nilai 1 USD dinyatakan dalam Franc Swiss)

Pip (Peratusan Mata)

Pip ialah singkatan untuk Peratusan Mata (Percentage in Points). Kebanyakan pasangan mata wang disebut sehingga 5 titik perpuluhan, dengan perubahan harga pada titik perpuluhan keempat atau terakhir (0.0001), lazimnya dirujuk sebagai ‘pip’. Sebaagi contoh, jika harga pasangan Forex EUR/USD bergerak daripada 1.33800 kepada 1.33920, ia disebut sebagai meningkat sebanyak 12 ‘pip’ (92-80=12).

Sebaran (Spread)

Perbezaan BIDAAN/PERMINTAAN (BID/ASK) pasangan mata wang dirujuk sebagai ‘sebaran (spread)’. Sebagai contoh, EUR/USD diniagakan pada 1.33800/1.33808 (dalam kes ini, nilai sebaran ialah 0.8 pip atau 0.00008). Pengecualiannya ialah pasangan JPY yang disebut sehingga 2 titik perpuluhan sahaja. Harga USD/JPY iaitu 97.41/97.44 memaparkan ‘sebaran’ 3 pip.

Apakah yang mempengaruhi harga Forex?

Harga Forex dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang berbeza, daripada aliran dagangan atau pelaburan antarabangsa hinggalah kepada situasi ekonomi atau politik. Inilah yang membuatkan dagangan Forex begitu menarik dan menyeronokkan. Tahap kecairan pasaran yang tinggi bermaksud harga boleh berubah dalam masa yang singkat berikutan berita semasa dan peristiwa jangka pendek, seterusnya mewujudkan pelbagai peluang dagangan untuk pedagang Forex runcit.

Antara faktor-faktor utama yang mempengaruhi harga Forex ialah:

  • Kestabilan politik dan ekonomi
  • Dasar Kewangan
  • Campur tangan mata wang
  • Bencana alam (gempa bumi, tsunami dsb.)

Apakah maksud kedudukan panjang (long) atau pendek (short)?

  • Kedudukan panjang (long position) berlaku apabila pedagang Forex membeli mata wang pada harga tertentu dengan tujuan untuk menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi, semasa kedudukannya ditutup. Pedagang tersebut mendapat manfaat daripada pasaran menaik.
  • Kedudukan pendek (short position) berlaku apabila pedagang menjual mata wang dengan jangkaan bahawa harganya akan susut nilai. Dalam kes ini, pedagang mendapat manfaat daripada pasaran menurun.
  • Penting untuk anda menyedari bahawa pedagang boleh membuka kedudukan panjang untuk satu mata wang dan kedudukan pendek untuk mata wang yang lain.

Mata wang yang paling kerap diperdagangkan di pasaran FX

Mata wang paling popular dan simbolnya ditunjukkan di bawah:

SIMBOLMATA WANG
USDDolar Amerika Syarika
EUREuro (EUR/USD)
JPYYen Jepun (USD/JPY)
GBPPound Britain atau Sterling
(GBP/USD, or STG/USD)
CHFFranc Swiss (USD/CHF)
CADDolar Kanada (USD/CAD)
AUDDolar Australia (AUD/USD)
NZD Dolar New Zealand (NZD/USD)

Corak Lilin dan Carta Lilin

Carta harga yang menggunakan bentuk lilin dipanggil Carta Lilin

Komponen Carta Lilin

Corak Carta Lilin Asas:

Aliran Pasaran Turun (Bearish) dan Naik (Bullish)

Apakah Maksud Istilah Ini?
Dalam Bahasa Inggeris, Bearish dan Bullish adalah istilah yang digunakan untuk mencirikan aliran dalam pasaran matawang, komoditi atau stok. Jika harga menunjukkan pergerakan menaik, ia dikenali sebagai pasaran bull. Jika harga saham bergerak turun, ia dianggap sebagai pasaran bear. Walau bagaimanapun, ia tidak semestinya merujuk pada keseluruhan pasaran. Satu sektor tunggal, malah satu aset tertentu, boleh dipanggil bullish atau bearish, dan perkataan ini sering digunakan bagi merujuk sentimen dalam kalangan pedagang, yang boleh membuatkan pasaran menjadi bearish atau bullish walaupun aliran masih belum bermula.

Mengapa Dipanggil Bear dan Bull?
Sebenarnya, asal usul istilah ini tidak begitu jelas. Terdapat beberapa teori yang diperkatakan namun tiada satu pun yang dipersetujui sepenuhnya. Menurut satu idea paling popular, garisan pada graf yang menunjukkan setiap trend boleh diumpamakan seperti pergerakan setiap haiwan ini semasa ia sedang menyerang lawannya. Lembu jantan (bull) menerkam dengan tanduknya bergerak ke hadapan dan ke atas, manakala beruang (bear) mencakar ke bawah dengan kukunya yang tajam.

Satu lagi teori memperkatakan mengenai pedagang Inggeris yang membuat spekulasi mengenai penjualan kulit beruang, dengan menjual kulitnya sebelum beruang dibunuh. Para pedagang ini berharap agar harga pasaran akan turun apabila kulit beruang dihantar, seterusnya membolehkan mereka mengaut keuntungan yang lebih besar dalam transaksi tersebut.

Apakah Penyebab Pasaran Naik?
Pasaran naik (bull market) lazimnya berlaku apabila petunjuk ekonomi menandakan peningkatan. Keyakinan pengguna juga tinggi, disebabkan pengukuhan pasaran buruh yang menyebabkan pengguna berbelanja dan melabur dengan lebih banyak. Pasaran naik bukan sahaja dikaitkan dengan harga saham yang kian meningkat, ia juga menyumbang kepada tahap keyakinan yang lebih tinggi dalam sektor perniagaan, seterusnya melonjakkan nilai pasaran.

Apakah Penyebab Pasaran Turun?
Pasaran turun (bear market) sering berlaku apabila sentimen pasaran sangat rendah, lazimnya didorong oleh kelemahan pasaran buruh dan data ekonomi negatif. Seperti yang diketahui umum, pasaran turun yang paling penting dalam sejarah ialah Zaman Meleset pada tahun 1930-an yang dicetuskan oleh keruntuhan Wall Street pada 1929. Seperti dalam pasaran naik (bull market), sentimen pasaran bertambah, sehinggakan perasaan negatif yang dicetuskan oleh satu peristiwa mengakibatkan arah aliran menurun dalam jangka panjang. Pasaran turun (bear) ditakrifkan hanya apabila aliran ini berkekalan untuk suatu tempoh masa.

Ketidaktentuan pasaran adalah perkara biasa dan inilah yang menjadi asas dagangan tukaran wang bagi pedagang tradisional. Walau bagaimanapun, hanya Pedagang Forex yang mampu melakukan jual beli saham secara singkat (short sell) di Platform Dagangan Forex boleh terus menjana keuntungan dalam pasaran turun yang serius.

NEWS UPDATE | Tradesto wish everyone to stay safe, stay at home, keep yourself clean, regularly wash your hands and practice social distance.