Chat with us, powered by LiveChat

Polisi Perdagangan Sosial Tradesto

Butiran Peribadi, Komunikasi, Kandungan Peribadi dan Maklum Balas dalam Rangkaian Perdagangan Sosial dan Perdagangan Salinan Tradesto
Dengan menerima Terma dan Syarat ini, anda bersetuju dan mengakui bahawa maklumat dan kandungan berikut akan dianggap sebagai maklumat tidak sulit dan bukan hak milik, seperti: nama paparan anda, gambar atau avatar, negara tempat tinggal, jantina, rangkaian, senarai rakan, senarai pelabur yang mengikuti perdagangan anda, senarai mentor yang anda ikuti, senarai perdagangan yang anda buat, statistik hasil perdagangan anda, perbualan anda, maklum balas, mesej yang dihantar, blog, emotikon, status rangkaian, status mentor, termasuk tanpa had kepada apa-apa mesej lain yang dihantar dalam ruang platform rangkaian social Tradesto, laman Facebook Tradesto, Twitter Tradesto, dan apa-apa forum dan papan perbincangan lain yang ditaja secara rasmi dan diluluskan oleh Tradesto tetapi tidak termasuk – “Data peribadi KYC (Know Your Customer (Kenali Pelanggan Anda)) anda yang hanya mengambil bahagian kepada pengawal selia, bank dan pegawai pematuhan dan pembiayaan Tradesto”.

Apabila menyertai mana-mana aktiviti perdagangan sosial di platform Tradesto, pengguna boleh memaparkan nama paparan, portfolio, maklumat sejarah perdagangan, strategi perdagangan dan hasil prestasi mereka kepada umum. Dengan berbuat demikian, mana-mana maklumat berkenaan dianggap sebagai maklumat tidak sulit dan bukan hak milik yang tersedia untuk paparan umum.

Platform Tradesto membenarkan mana-mana individu untuk memaparkan prestasi perdagangan mereka kepada semua individu lain secara umum.

Dengan menyediakan kandungan berkenaan, anda secara khusus memberikan Tradesto lesen di seluruh dunia yang bukan eksklusif, tidak boleh ditarik balik, dipindah milik, sub-lesen, tanpa royalti, untuk mengguna, menyalin, menduplikasi storan, memberikan dan/atau menyiarkan semua atau mana-mana bahagian kandungan anda, dan kami bebas menggunakan kandungan berkenaan dalam apa jua cara atau media sekalipun, secara tidak terhad dan tanpa sebarang pengiktirafan atau royalti atau pampasan lain yang akan dibayar kepada anda, termasuk tanpa had, di dalam atau di luar laman web kami, iklan, dalam media cetak dan akhbar.

Komunikasi di dalam hub sosial Tradesto

Anda bersetuju dan bertanggungjawab atas semua kandungan, maklumat dan bahan yang anda hantar dan sampaikan dalam mana-mana laman web Tradesto, media sosial, forum, hub pengetahuan, forum gabungan, blog dan alat komunikasi lain yang ditaja dan disediakan oleh Tradesto dan syarikat gabungan. Anda bertanggungjawab atas semua kandungan yang anda terbitkan melalui media berkenaan dari segi kesahihan, kebolehpercayaan, kesesuaian, keaslian, dan hak cipta maklumat berkenaan.

Anda mewakili dan menjamin bahawa:

  1. anda memiliki semua hak milik mana-mana kandungan yang anda sediakan, dan
  2. anda bersetuju untuk kami menghantar kandungan anda dalam apa jua bentuk, media, dan apa-apa cara lain secara tidak terhad dan akan melindungi kami dari segi apa-apa pelanggaran hak privasi, hak publisiti, hak cipta, hak kontrak atau apa-apa hak lain bagi mana-mana individu atau organisasi.

Anda juga bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya atas apa-apa ganti rugi yang disebabkan oleh pencabulan atau pelanggaran hak cipta, cap dagang, dan hak milik bagi mana-mana individu atau entiti, dan bagi apa-apa bahaya atau kerugian lain yang disebabkan oleh mana-mana kandungan.

Hub Sosial Tradesto telah dibangunkan dengan tujuan menyokong semua pesertanya dalam berkongsi pengetahuan, idea, maklumat perdagangan dan sokongan am yang lain dengan hasrat membantu individu lain untuk berdagang dengan cara yang lebih menguntungkan.

Oleh yang demikian, kami melarang mana-mana peserta dalam domain Tradesto, tidak terhad kepada laman web Tradesto, media sosial, forum, hub pengetahuan, forum gabungan, blog, dan mana-mana individu yang mungkin menggunakan alat komunikasi lain yang ditaja dan dibangunkan oleh Tradesto dan syarikat gabungan, daripada terlibat dengan mana-mana yang berikut:

  1. Membuat kenyataan tentang kelayakan anda untuk memberikan nasihat pelaburan, pengurusan portfolio dan/atau apa-apa perkhidmatan lain dan/atau aktiviti yang mungkin memerlukan lesen, pendaftaran dan/atau notis dalam negeri tempat tinggal anda dan/atau di negeri tempat tinggal pengguna kami;
  2. Membuat kenyataan bahawa Tradesto dan syarikat gabungannya menyokong, menyelenggara apa-apa kawalan dan/atau menjamin ketepatan dan/atau kesempurnaan kandungan yang telah anda terbitkan, hantar dan/atau kongsikan dengan pengguna lain;
  3. Menghantar, atau menyiarkan kenyataan yang mengandungi kandungan lucah yang jelas, boleh dianggap sebagai melampau, termasuk ungkapan ketaksuban, perkauman, kebencian atau kata-kata kesat atau yang boleh dianggap sebagai berbaur kebencian, mengancam; menghasut keganasan, atau yang dianggap sebagai menghina agama;
  4. Menghantar komunikasi komersial yang tidak dibenarkan (seperti spam) untuk membawa orang ramai ke laman web kami atau lain-lain laman web gabungan atau bukan gabungan, menggunakan aplikasi pihak ketiga dan/atau menggunakan perkhidmatan kami untuk berbuat demikian; termasuk kenyataan yang kesat, memfitnah, mengganggu, berbaur perkauman, bersifat lucah dan/atau kenyataan menghina terhadap pengguna lain atau sebaliknya;
  5. Membuat kenyataan untuk mengiklan atau mempromosi mana-mana entiti dalam talian yang lain termasuk broker atau platform perdagangan dan/atau apa-apa perkhidmatan yang ditawarkan oleh anda, mana-mana individu atau entiti lain;
  6. Mengumpul kandungan atau maklumat pengguna, atau sebaliknya mengakses laman web dan/atau perkhidmatan kami, menggunakan cara automatik (seperti menghimpunkan bots, robot, lelabah, atau pengikis);
  7. Memuat naik virus atau lain-lain kod berniat jahat;
  8. Meminta maklumat peribadi dan/atau maklumat log masuk atau mengakses akaun kepunyaan individu lain;
  9. Menggunakan laman web dan/atau Perkhidmatan kami untuk melakukan apa-apa perkara yang menyalahi undang-undang, mengelirukan, berniat jahat, atau bersifat diskriminasi;
  10. Melakukan apa-apa perkara yang boleh melumpuhkan, membebankan, atau menjejaskan kerja Tradesto yang sepatutnya, seperti penafian serangan perkhidmatan dan/atau membantu atau menggalakkan apa-apa pelanggaran Terma dan Syarat ini.
  11. Anda mengakui bahawa semua tuntutan pelaksanaan berasas boleh dihapuskan dari mana-mana laman web kami. Jika ada melanggar syarat di atas, kami berhak untuk menamatkan akaun dan pendaftaran anda daripada Perkhidmatan kami. Jika akaun dan pendaftaran anda ditamatkan kerana salah guna di atas, kami akan membayar balik sebarang jumlah wang yang terdapat di dalam akaun anda.

Perintah di atas tergunapakai ke atas semua pedagang dan bukan pedagang yang telah mendaftar dengan Tradesto termasuk mereka yang berstatus mentor.

Kami tidak bertanggungjawab untuk menyemak dan memantau semua Kandungan dan Kami dalam apa jua cara tidak menyokong, menyekat, menggalakkan, mengesahkan atau bersetuju dengan mana-mana Kandungan berkenaan. Kami berhak untuk menyemak, memantau, mengkaji dan/atau menghapuskan mana-mana Kandungan berkenaan dalam apa jua cara yang kami anggap sesuai mengikut budi bicara mutlak kami. Anda mengakui bahawa kami boleh melaporkan kepada pihak berkuasa kerajaan mengenai apa-apa tindakan yang boleh dianggap sebagai menyalahi undang-undang dan/atau yang dikehendaki oleh pihak berkuasa. Apabila diminta, kami akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa kerajaan dalam apa-apa penyiasatan ke atas aktiviti menyalahi undang-undang yang didakwa. Anda seterusnya mengesahkan dan mengakui bahawa kami juga boleh meyelenggara rekod semua Kandungan berkenaan.

Semua alat analisis (seperti data pasaran, sebut harga, kadar tukaran, berita, tajuk dan graf), pautan ke laman web lain, surat berita pihak ketiga yang kami sediakan untuk anda adalah untuk kemudahan anda. Dengan berbuat demikian, kami tidak menyokong, memberi apa-apa perwakilan, memberi waranti, menjamin atau menaja ketepatan, kebenaran, ketepatan masa, kesempurnaan, kesesuaian maklumat berkenaan untuk anda dan/atau sebagai kesan atau implikasi maklumat berkenaan kepada anda. Maklumat dan alat berkenaan disediakan semata-mata untuk membantu anda untuk membuat keputusan pelaburan sendiri dan menyediakan anda dengan yang demikian tidak sama dengan nasihat pelaburan atau promosi kewangan yang tidak diminta kepada anda.

Adalah sangat penting untuk membezakan antara harga berarah yang dipaparkan di carta dan harga tawaran yang dipaparkan di platform perdagangan kami. Sebut harga berarah hanya memberikan petunjuk di mana pasaran tersebut berada.

Anda memahami bahawa kami tidak diwajibkan untuk terus menyediakan apa-apa alat dan maklumat dan jika perlu, kami boleh mengeluarkan alat bermaklumat yang berkenaan dari laman web kami pada bila-bila masa. Tambahn pula, kami tidak diwajibkan untuk mengemas kini maklumat yang dipaparkan di laman web kami pada bila-bila masa dan kami tidak akan bertanggungjawab atas penamatan, gangguan, kelewatan atau ketidaktepatan apa-apa Maklumat Pasaran. Maklumat kewangan yang kami hantar di laman web kami mungkin disediakan oleh pihak ketiga untuk manfaat pengguna kami dan oleh yang demikian, anda berjanji untuk tidak membenarkan pemautan dalam atau apa-apa bentuk penyebaran semula atau penggunaan semula maklumat, kepada mana-mana pengguna yang tidak dibenarkan.

Kami menggesa anda untuk membaca dan memahami dengan teliti terma dan syarat serta polisi-polisi lain laman web, surat berita dan maklumat berkenaan sebelum menggunakannya. Apa-apa maklumat atau bahan yang diletakkan di laman web kami oleh pihak ketiga adalah semata-mata menggambarkan pandangan mereka, dan merupakan tanggungjawab, mereka yang menghantar maklumat atau bahan berkenaan, dan tidak mewakili pandangan Tradesto dan/atau syarikat gabungannya. Maklumat berkenaan tidak boleh dianggap sebagai membentuk rekod prestasi. Prestasi lampau tidak menjamin hasil masa depan dan kami secara khusus menasihatkan pelanggan dan bakal pelanggan agar menyemak dengan teliti semua tuntutan dan perwakilan yang dibuat oleh pelabur, penasihat, pemblog, pengurus wang dan pembekal sistem yang lain sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan berasaskan mana-mana perkara di atas.

DALAM APA JUA KEADAAN, TRADESTO DAN/ATAU SYARIKAT GABUNGANNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB, SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, UNTUK MANA-MANA INDIVIDU ATAS APA-APA GANTI RUGI ATAU KERUGIAN YANG BERPUNCA DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN SEBARANG PENGGUNAAN, PENGGUNAAN BERTERUSAN ATAU KEBERGANTUNGAN PADA MANA-MANA ALAT, LAMAN WEB, SURAT BERITA DAN/ATAU MAKLUMAT BERKENAAN.

Sama ada Tradesto, mahupun pegawai, pengetua, staf atau ejen kami tidak akan bertanggungjawab untuk mana-mana individu atas apa-apa kerugian, ganti rugi, kos atau perbelanjaan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kehilangan untung, kehilangan penggunaan, secara langsung, tidak langsung, ganti rugi sampingan atau berbangkit) yang disebabkan oleh apa-apa ralat dalam, peninggalan atau perubahan ke atas apa-apa maklumat dan/atau Kandungan. Yang tersebut di atas hendaklah tergunapakai tanpa mengira sama ada tuntutan timbul dalam kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat sebaliknya.

Penafian Risiko dan Had Liabiliti

Kenyataan Risiko Am
Semua pelabur perlu memahami bahawa perdagangan tukaran asing pada margin membawa potensi ganjaran yang tinggi tetapi juga potensi risiko yang tinggi, yang mungkin tidak sesuai bagi semua pelabur. Sebelum memutuskan untuk menjalankan perdagangan tukaran asing, anda hendaklah mempertimbangkan dengan teliti matlamat pelaburan, tahap pengalaman dan selera risiko anda.

Prestasi lampau tidak menggambarkan hasil masa depan, yang boleh berubah-ubah disebabkan oleh turun naik pasaran. Kemungkinan yang wujud adalah bahawa anda mampu menanggung kerugian sebahagian atau keseluruhan pelaburan awal anda dan oleh itu, anda tidak seharusnya melaburkan sejumlah wang yang anda tidak mampu menanggung kerugiannya. Anda hendaklah berhati-hati terhadap semua risiko yang dikaitkan dengan perdagangan tukaran asing dan mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas jika anda mempunyai sebarang keraguan. Apa-apa pendapat, berita, kajian, analisis, harga atau maklumat lain yang terkandung di laman web ini atau berpautan dari laman web ini disediakan sebagai komentar pasaran umum dan tidak membentuk nasihat pelaburan.

Tradesto tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan untuk mana-mana individu atau entiti atas (a) apa-apa kerugian atau ganti rugi menyeluruh atau sebahagian yang disebabkan oleh, berpunca daripada, atau berkaitan dengan apa-apa transaksi berkaitan perdagangan apa-apa instrumen kewangan yang ditawarkan di platform atau (b) apa-apa ganti rugi langsung, tidak langsung, khas, turutan atau sampingan sekalipun. Mana-mana individu yang mengikuti dan/atau meniru perdagangan pelabur lain perlu sedar sepenuhnya bahawa ini melibatkan tahap risiko yang tinggi, meniru perdagangan pelabur berprestasi tinggi tidak menjamin keuntungan.

Selain itu, individu berkenaan perlu sedar pada masa mereka mengikuti/meniru keputusan perdagangan yang dibuat oleh pelabur tidak berpengalaman/tidak profesional. Mana-mana individu yang meniru perdagangan perlu ingat bahawa pelabur yang ditiru mungkin mempunyai tujuan atau niat yang berbeza, toleransi risiko yang lebih tinggi dan/atau menjalankan perdagangan dengan status kewangan yang lebih tinggi.

Prestasi lampau mana-mana Ahli Perdagangan Sosial Tradesto atau Mentor yang dilantik bukan petunjuk kepada prestasi masa depan mereka. Kandungan di Hub Perdagangan Sosial Tradesto dijana oleh ahli komunitinya dan tidak mengandungi nasihat atau cadangan yang dibuat oleh atau bagi pihak Tradesto.

Kebertanggungjawaban ke atas Setiap Transaksi Kewangan
Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, Anda bersetuju untuk sepenuhnya, secara bebas dan peribadi bertanggungjawab untuk setiap transaksi dan/atau transaksi kad kredit yang dibuat di Sistem kami melalui akaun anda. Oleh yang demikian, anda mesti memastikan bahawa anda adalah satu-satunya individu yang mempunyai akses kepada akaun anda pada setiap masa. Anda mesti memastikan bahawa tiada individu bawah umur yang mempunyai akses kepada akaun anda.

Jika anda tidak menyelesaikan sesuatu transaksi yang dilakukan melalui akaun anda, anda hendaklah bertanggungjawab kepada kami dan mesti menanggung kerugian kami dalam jumlah yang diperlukan untuk menampung kos keseluruhan, sama ada secara tidak langsung atau langsung, daripada transaksi tersebut. Dalam hal yang tidak mungkin berlaku, bahawa kontrak dimasukkan untuk memperoleh atau menjual mata wang pada harga yang tidak menggambarkan harga pasaran (seperti kejadian di mana ralat teknikal seperti pepijat atau kecacatan telah menyebabkan kerosakan yang memberi kesan ke atas harga transaksi) kami berhak untuk menamatkan dan membatalkan mana-mana transaksi berkenaan.

Sekiranya berlaku kejadian sedemikian, kami akan memaklumkan kepada anda tentang keputusan kami untuk membatalkan transaksi tersebut dan menjelaskan sebab-sebab kami kepada anda. Anda pula dikehendaki memaklumkan kepada kami tentang apa-apa kerosakan sekiranya anda menghadapi kerosakan semasa menjalankan perdagangan di sistem kami.

Had pada Transaksi Kewangan
Anda memahami bahawa peraturan kewangan, kod kewangan, etika kewangan dan keperluan kontrak berbeza di seluruh dunia. Oleh yang demikian, anda memahami bahawa akhirnya adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa anda mematuhi mana-mana dan semua peraturan tempatan, arahan, sekatan dan undang-undang di kawasan tempat tinggal tempatan anda sebelum menggunakan Perkhidmatan kami. Kami dengan tegas menyatakan bahawa kami tidak membenarkan penggunaan perkhidmatan kami oleh pengguna daripada bidang kuasa yang mana penggunaan perkhidmatan kami adalah dilarang. Terma dan Syarat ini tidak menawarkan atau meminta penggunaan perkhidmatan kami untuk mana-mana individu yang berada dalam bidang kuasa yang mana penggunaan khusus tidak diluluskan atau sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang tempatan.

Sila ambil perhatian bahawa Tradesto akan menggunapakai spreadnya sendiri ke atas semua transaksi dan perdagangan yang dibuat menggunakan perkhidmatan kami, yang boleh meningkatkan kos transaksi dan perdagangan dengan sewajarnya.

Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda mengisytiharkan bahawa semua dana yang anda guna dan laburkan dalam perkhidmatan kami tidak berasal dalam apa jua cara daripada pengedaran dadah, penculikan, aktiviti pengganas atau apa-apa aktiviti jenayah lain yang menyalahi undang-undang atau boleh dianggap sebagai menyalahi undang-undang oleh mana-mana pihak berkuasa. Sekiranya kami mendapat makluman daripada mana-mana pihak ketiga atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa anda mungkin terlibat dalam atau telah terlibat dalam aktiviti penipuan, salah di sisi undang-undang atau yang tidak wajar, termasuk, tanpa had, aktiviti pengubahan wang haram, atau sebaliknya bertindak dalam pelanggaran Terma dan Syarat ini, akses anda kepada Perkhidmatan boleh ditamatkan serta-merta dan/atau akaun anda disekat.

Jika akaun anda ditamatkan atau disekat atas sebab-sebab tersebut, Tradesto tidak mempunyai kewajipan serta-merta untuk membayar balik apa-apa wang yang terdapat di dalam akaun anda, kecuali jika sebaliknya diarahkan oleh pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan. Selain daripada menamatkan akses anda kepada Perkhidmatan dan/atau menyekat akaun anda, kami berhak untuk menghalang anda daripada mengakses mana-mana laman web atau pelayan kami yang lain, atau mengakses mana-mana perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh kami. Dalam keadaan sedemikian, kami akan memaklumkan kepada pihak berkuasa berkenaan, penyedia perkhidmatan dalam talian yang lain dan bank, syarikat kad kredit, penyedia pembayaran elektronik atau institusi kewangan yang lain mengenai identiti anda dan apa-apa aktiviti yang disyaki menyalahi undang-undang, penipuan atau tidak wajar dan mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk menguruskan dana-dana yang telah digantung tersebut.

Sekiranya tindakan berkenaan diambil terhadap anda, anda dinasihatkan untuk memberikan kerjasama penuh kepada kami untuk menyiasat mana-mana aktiviti berkenaan untuk membuktikan yang sebaliknya.

Risiko Tambahan yang Dikaitkan dengan Perdagangan Sosial

Tradesto dan syarikat gabungannya berbangga menyediakan anda dengan keupayaan untuk berinteraksi, mengikuti dan meniru pelabur lain dengan menggunakan maklumat dan/atau ciri-ciri perdagangan sosial yang disediakan dan/atau tersedia di laman web dan/atau platform perdagangan kami. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sesetengah ciri Perdagangan Sosial dikaitkan dengan pelbagai jenis risiko dan anda dinasihatkan agar membaca dan mempertimbangkan dengan teliti risiko-risiko yang berikut sebelum menggunakan mana-mana Ciri Perdagangan Sosial kami:

Ciri Perdagangan Sosial disediakan oleh kami semata-mata untuk tujuan maklumat. Tradesto dan syarikat gabungannya serta staf dan ejennya bukan penasihat pelaburan atau kewangan.

JIKA ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN DENGAN BERGANTUNG KEPADA MAKLUMAT YANG TERSEDIA DI LAMAN WEB KAMI ATAU DARIPADA PENGGUNAAN CIRI PERDAGANGAN SOSIAL, ANDA BERBUAT DEMIKIAN PADA RISIKO ANDA SENDIRI DAN TRADESTO DAN SYARIKAT GABUNGANNYA, STAF DAN EJENNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA-APA KERUGIAN YANG MUNGKIN ANDA TANGGUNG. ANDA TIDAK SEHARUSNYA MEMBUAT APA-APA KEPUTUSAN PELABURAN TANPA MEMBUAT KAJIAN ANDA SENDIRI TERLEBIH DAHULU. ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DAN SECARA EKSKLUSIF DALAM MENENTUKAN SAMA ADA MANA-MANA PELABURAN, ATAU STRATEGI, ATAU MANA-MANA PRODUK ATAU PERKHIDMATAN LAIN ADALAH WAJAR ATAU SESUAI UNTUK ANDA BERDASARKAN MATLAMAT PELABURAN DAN KEADAAN PERIBADI SERTA KEWANGAN ANDA.

Kedudukan pelabur MENTOR (berkenaan dengan mana-mana instrumen kewangan kami) hendaklah ditiru menggunakan yang lebih rendah sama ada amaun kedudukan minimum atau amaun berkadar yang sama dan dengan leveraj yang sama, setakat yang ditentukan oleh pelabur yang meniru. Kesemua kedudukan berkenaan hendaklah ditutup secara automatik jika dan apabila ditutup oleh pelabur yang ditiru dan/atau jika kedudukan pelabur ditiru telah ditutup secara automatik oleh kami, atas apa-apa sebab sekalipun, tanpa mengemukakan apa-apa notis lanjut dan tanpa apa-apa tindakan pada pihak anda. Anda hendaklah bersedia untuk menanggung apa-apa kerugian yang mungkin anda hadapi sebagai kesan daripada pelaksanaan automatik arahan yang dijana berikutan penggunaan mana-mana ciri perdagangan salinan Perdagangan Sosial.

Jika anda meletakkan perdagangan tambahan dalam akaun anda atau mengubahsuai atau membatalkan pesanan yang dijana oleh ciri Perdagangan Sosial, anda mungkin akan memperoleh hasil yang jauh berbeza berbanding pengguna yang anda tiru. Mengubah kedudukan yang ditiru mungkin menyebabkan ketaksambungan dari kedudukan asal dan tidak akan ditutup secara automatik atau diubah apabila kedudukan asal diubah atau ditutup.

Apa-apa prestasi lampau pengguna kami yang ditunjukkan di laman web kami tidak menggambarkan hasil masa depan mereka dan hendaklah dianggap sebagai andaian seperti yang diterangkan dengan lebih terperinci di bawah. Adalah penting untuk memahami bahawa prestasi lampau tidak menjamin prestasi masa depan. Semasa menyemak kandungan, portfolio, maklumat prestasi kewangan, pendapat atau nasihat pengguna berdaftar lain, anda tidak seharusnya menganggap bahawa pengguna tersebut tidak berat sebelah, bebas atau layak untuk memberikan maklumat kewangan atau nasihat.

HASIL PRESTASI YANG BERSIFAT ANDAIAN MEMPUNYAI BANYAK HAD BAWAAN. TIADA PERWAKILAN ATAU JAMINAN YANG DIBUAT BAHAWA MANA-MANA AKAUN AKAN ATAU BERKEMUNGKINAN BESAR MENCAPAI KEUNTUNGAN ATAU MENANGGUNG KERUGIAN SEPERTI DITUNJUKKAN DAN MUNGKIN TIDAK MENGAMBIL KIRA YURAN, SPREAD DAN/ATAU KOMISEN PERDAGANGAN YANG BOLEH DIKENAKAN.

KEUNTUNGAN/KERUGIAN PERATUSAN SEBENAR YANG DIALAMI OLEH PELABUR ADALAH BERBEZA BERGANTUNG PADA BANYAK FAKTOR, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA: BAKI AKAUN PERMULAAN (DEPOSIT DAN PENGELUARAN), KELAKUAN PASARAN, TETAPAN AKAUN PELABUR DAN PRESTASI PENGGUNA YANG DITIRU. ATAS SEBAB INI, KEUNTUNGAN/KERUGIAN PERATUSAN SEBENAR YANG DIALAMI OLEH PELABUR MUNGKIN JAUH BERBEZA BERBANDING KEUNTUNGAN/KERUGIAN PERATUSAN YANG DIPAPARKAN DI LAMAN WEB INI. MALAH, SERING KALI TERDAPAT PERBEZAAN KETARA ANTARA HASIL PRESTASI ANDAIAN DAN HASIL SEBENAR YANG AKHIRNYA DICAPAI OLEH MANA-MANA PROGRAM PERDAGANGAN TERTENTU.

SALAH SATU HAD HASIL PRESTASI ANDAIAN ADALAH SECARA UMUM, IA DISEDIAKAN DENGAN KELEBIHAN PENGALAMAN LAMPAU. SELAIN ITU, PERDAGANGAN ANDAIAN TIDAK MELIBATKAN RISIKO KEWANGAN, DAN TIADA REKOD PERDAGANGAN ANDAIAN YANG BOLEH DIAMBIL KIRA SEPENUHNYA UNTUK KESAN RISIKO KEWANGAN DALAM PERDAGANGAN SEBENAR. CONTOHNYA, KEUPAYAAN UNTUK MENAMPUNG KERUGIAN ATAU MEMATUHI PROGRAM PERDAGANGAN TERTENTU MESKIPUN KERUGIAN PERDAGANGAN ADALAH PERKARA PENTING YANG JUGA BOLEH MENJEJASKAN HASIL PERDAGANGAN SEBENAR. TERDAPAT PELBAGAI FAKTOR LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PASARAN SECARA UMUM ATAU PELAKSANAAN MANA-MANA PROGRAM PERDAGANGAN KHUSUS YANG TIDAK BOLEH DIAMBIL KIRA SEPENUHNYA DALAM PENYEDIAAN HASIL PRESTASI ANDAIAN DAN SEMUA YANG BOLEH MENJEJASKAN HASIL PERDAGANGAN SEBENAR.

TIADA ASPEK MAKLUMAT DAN/ATAU CIRI PERDAGANGAN SOSIAL YANG DISEDIAKAN DAN/ATAU YANG TERSEDIA DI LAMAN WEB KAMI BERTUJUAN UNTUK MENYEDIAKAN, ATAU BOLEH DIANGGAP SEBAGAI MENYEDIAKAN, APA-APA PELABURAN, CUKAI ATAU NASIHAT BERKAITAN KEWANGAN YANG LAIN DALAM APA JUA BENTUK. ANDA TIDAK SEHARUSNYA MENGANGGAP MANA-MANA KANDUNGAN BERKENAAN DAN/ATAU CIRI BERKENAAN SEBAGAI PENGGANTI NASIHAT KEWANGAN PROFESIONAL.

JIKA ANDA MEMILIH UNTUK MELIBATKAN DIRI DALAM TRANSAKSI BERDASARKAN KANDUNGAN DI LAMAN WEB DAN/ATAU MEMILIH UNTUK MENIRU PELABUR DAN/ATAU PERDAGANGAN TERTENTU, KEPUTUSAN DAN TRANSAKSI BERKENAAN SERTA IMPLIKASI DARIPADANYA ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB ANDA SEPENUHNYA. WALAUPUN PESERTA INDIVIDU MUNGKIN MENAWARKAN NASIHAT PELABURAN ATAU PENDAPAT DAN/ATAU MEMPENGARUHI TRANSAKSI YANG MUNGKIN AKHIRNYA DITIRU OLEH PELABUR LAIN, NASIHAT, PENDAPAT ATAU AMAUN PERDAGANGAN BERKENAAN HENDAKLAH TIDAK LEBIH DARIPADA PERTUKARAN ANTARA INDIVIDU YANG MUNGKIN TANPA NAMA ATAU TIDAK BOLEH DIKENAL PASTI ATAU SECARA RINGKASNYA PELAKSANAAN PERDAGANGAN OLEH PELABUR BERKENAAN.

TRADESTO DAN SYARIKAT GABUNGANNYA TIDAK MENYEDIAKAN NASIHAT PELABURAN SECARA LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, DENGAN JELAS, ATAU DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DENGAN MENYEDIAKAN MAKLUMAT DAN/ATAU CIRI BERKENAAN KEPADA ANDA. ANDA HENDAKLAH MENGGUNAKAN APA-APA MAKLUMAT YANG DIKUMPUL DARI SINI DAN/ATAU MENGGUNAKAN CIRI PERDAGANGAN SOSIAL SAHAJA SEBAGAI TITIK PERMULAAN KEPADA KAJIAN BEBAS ANDA SENDIRI DAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN PELABURAN.

PERLINDUNGAN KERUGIAN DAN HAD LIABILITI

ANDA DENGAN JELAS BERSETUJU BAHAWA PENGGUNAAN LAMAN WEB OLEH ANDA, DAN APA-APA PENERBITAN, PERSEMBAHAN, MAKLUMAT PERDAGANGAN KEWANGAN, DATA HARGA, DATA PERDAGANGAN, MAKLUMAT PRESTASI, BLOG, MAKLUMAT YANG DIHANTAR, ATAU MAKLUMAT LAIN, KANDUNGAN, PERKHIDMATAN DAN BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM, DIAKSES MELALUI, ATAU DIJELASKAN DI LAMAN WEB KAMI, ADALAH PADA RISIKO ANDA SENDIRI, DAN BAHAWA SEMUA MAKLUMAT, KANDUNGAN, PERKHIDMATAN DAN BAHAN BERKENAAN DISEDIAKAN DALAM BENTUK “SEPERTI ADANYA” DAN “SEPERTI TERSEDIA”.

SEHINGGA SEJAUH MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG TERGUNAPAKAI, KAMI TIDAK MENGAKUI, DAN DENGAN INI MENAFIKAN SEMUA, PERWAKILAN ATAU WARANTI DALAM APA JUA BENTUK, SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, UNTUK KETERSEDIAAN, PENGENDALIAN DAN PENGGUNAAN LAMAN WEB KAMI ATAU MAKLUMAT, KANDUNGAN, BAHAN ATAU PERKHIDMATAN DI ATAU YANG DIAKSES MELALUI LAMAN WEB KAMI, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA WARANTI KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KEDUDUKAN, BUKAN PELANGGARAN, DAN WARANTI TERSIRAT YANG TIMBUL DARIPADA ALIRAN URUSAN ATAU ALIRAN PRESTASI.

SAMA ADA LAMAN WEB, ATAU APA-APA MAKLUMAT, KANDUNGAN, BAHAN, ATAU PERKHIDMATAN YANG TERSEDIA MELALUI LAMAN WEB, MEMBENTUK ATAU BERTUJUAN UNTUK MEMBENTUK, ATAU BOLEH DIANGGAP SEBAGAI, SUATU PERMINTAAN ATAU APA-APA TAWARAN UNTUK MEMBELI KEPENTINGAN DALAM MANA-MANA SEKURITI, NASIHAT PELABURAN ATAU CADANGAN ATAU PROMOSI APA-APA TRANSAKSI ATAU PRODUK KEWANGAN LAIN, PENGURUS PELABURAN, ATAU PERDAGANGAN ATAU STRATEGI PELABURAN.

SELAIN ITU, KAMI TIDAK MEWAKILI ATAU MENJAMIN BAHAWA MAKLUMAT YANG BOLEH DIAKSES MELALUI LAMAN INI ADALAH TEPAT, LENGKAP, BOLEH DIPERCAYAI ATAU TERKINI DAN KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA-APA RALAT ATAU PENINGGALAN DI SITU ATAU ATAS KESAN BURUK YANG DISEBABKAN OLEH KEBERGANTUNGAN ANDA PADA MANA-MANA ASPEK LAMAN WEB INI. SELANJUTNYA, KAMI JUGA TIDAK MEMBUAT PERWAKILAN DAN JAMINAN BAHAWA LAMAN WEB KAMI TIDAK AKAN MENGALAMI GANGGUAN, SELAMAT, ATAU BEBAS DARIPADA RALAT ATAU VIRUS, ATAU KOMPONEN BERBAHAYA YANG LAIN.

DALAM APA JUA KEADAAN, KAMI ATAU SYARIKAT GABUNGAN KAMI, PENGARAH, PEGAWAI, STAF ATAU WAKIL TRADESTO ATAU SYARIKAT GABUNGANNYA (“PIHAK TRADESTO”) TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA ATAS GANTI RUGI DALAM APA JUA BENTUK YANG BERPUNCA DARIPADA PENGGUNAAN, AKSES KEPADA, KEBERGANTUNGAN PADA, KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN ATAU PENYALAHGUNAAN LAMAN WEB KAMI, APA-APA MAKLUMAT YANG DIHANTAR DI LAMAN WEB KAMI OLEH PENGGUNA, ATAU APA-APA MAKLUMAT, KANDUNGAN, BAHAN ATAU PERKHIDMATAN LAIN YANG TERSEDIA DI LAMAN WEB KAMI (TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, APA-APA GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHUSUS, PUNITIF, SAMPINGAN ATAU TURUTAN ATAU GANTI RUGI KERANA KEHILANGAN UNTUNG, REPUTASI ATAU HASIL, GANGGUAN PERNIAGAAN, ATAU KEHILANGAN DATA), WALAUPUN SETELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN GANTI RUGI BERKENAAN, DAN TANPA MENGIRA BENTUK TINDAKAN, SAMA ADA DALAM KONTRAK, TORT ATAU SEBALIKNYA. DALAM APA JUA KEADAAN, DAN WALAU APA PUN, LIABILITI MAKSIMUM YANG BOLEH ANDA TUNTUT DARIPADA KAMI ATAS APA-APA SEBAB HENDAKLAH TIDAK LEBIH DARIPADA JUMLAH SEBENAR WANG YANG ANDA MASUKKAN DALAM AKAUN ANDA BAGI TUJUAN PERDAGANGAN YANG MUNGKIN MENJADI ASAS KEPADA MANA-MANA LIABILITI TERKUMPUL YANG ANDA TANGGUNG.

SESETENGAH UNDANG-UNDANG NEGERI TIDAK MEMBENARKAN HAD PADA WARANTI TERSIRAT ATAU PENGECUALIAN ATAU HAD SESETENGAH JENIS GANTI RUGI, DAN OLEH ITU SEBAHAGIAN ATAU SEMUA PENAFIAN, PENGECUALIAN ATAU HAD DI ATAS MUNGKIN TIDAK DIKENAKAN KE ATAS ANDA.

Harta Intelek
Semua aset harta intelek (“IP”) termasuk tetapi terhad kepada semua hak cipta, cap dagang, paten, tanda perkhidmatan, nama perdagangan, kod perisian, ikon, logo, aksara, tataletak, rahsia perdagangan, butang, skim warna dan grafik adalah IP mutlak dan eksklusif kami dan kesemuanya dilindungi oleh undang-undang dan perjanjian tempatan dan antarabangsa termasuk semua undang-undang dan peraturan hak cipta.

Anda hendaklah menghormati semua hak proprietari berkenaan dan kecuali jika anda diberikan kebenaran yang nyata daripada Tradesto, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan, atau apa-apa maklumat lain atau perisian untuk apa-apa tujuan, selain daripada tujuan peribadi biasa, dan Anda tidak boleh mengubah, menjual dan/atau mengedarkan perkhidmatan kami dan/atau mencipta apa-apa produk berdasarkan perkhidmatan kami, atau sebahagian daripadanya, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada kami.

Dalam apa jua keadaan, anda tidak boleh menghapuskan apa-apa notis hak cipta daripada mana-mana IP kami atau menggunakan perisian kami yang boleh dimuat turun tanpa kebenaran. Penggunaan perkhidmatan dan/atau perisian kami tidak memberikan anda apa-apa hak selain daripada yang diberikan kepada anda oleh lesen yang tidak boleh ditarik balik dalam apa jua cara. Kami memiliki semua imej yang dipaparkan di laman web dan perisian kami.

Anda tidak boleh menggunakan imej-imej ini dalam apa jua cara untuk apa-apa tujuan lain, anda mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu. Tiada apa yang terkandung di dalam laman web kami yang boleh dianggap sebagai memberikan, secara tersirat atau sebaliknya, apa-apa lesen atau hak untuk menggunakan apa-apa cap dagang tanpa kebenaran bertulis daripada kami atau pihak ketiga berkenaan yang mungkin memiliki cap dagang tersebut.

Kecuali sebagaimana dinyatakan dengan jelas di sini, anda tidak boleh tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu mengubah, mengubahsuai, menghasilkan semula, mengedarkan atau mengeksploitasi secara komersial apa-apa bahan, termasuk teks, grafik, video, audio, kod perisian, reka bentuk antara muka pengguna atau logo, dari laman web ini atau mana-mana laman web kami. Jika anda memautkan dari laman web lain ke salah satu atau lebih laman web kami, laman web anda, dan juga pautan tersebut, tidak boleh, tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu, menganggap bahawa kami menyokong, menaja, atau bergabung dengan mana-mana laman web, entiti, perkhidmatan atau produk bukan milik Tradesto, dan tidak boleh mempergunakan mana-mana IP kami selain daripada yang terkandung di dalam teks pautan tersebut.

Penafian Waranti
Perkhidmatan dan Perisian hendaklah digunakan dengan pengetahuan dan kemahiran tanpa mengira apa-apa matlamat pelaburan, keadaan kewangan atau cara tertentu pengguna, dan Tradesto tidak meminta apa-apa tindakan berdasarkan perkara itu. Tradesto tidak mencadangkan apa-apa bentuk transaksi kewangan; atau meminta untuk masuk ke mana-mana transaksi kewangan, penglibatan kewangan; atau sebaliknya menggalakkan anda untuk mengikuti apa-apa strategi perdagangan yang khusus dalam mana-mana bidang kuasa yang mana tawaran atau permintaan, atau strategi perdagangan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang. Tradesto dengan jelas menafikan semua waranti dalam apa jua bentuk, secara nyata mahupun tersirat.

Perkhidmatan dan/atau Perisian disediakan “SEPERTI ADANYA”, dan Tradesto dan/atau mana-mana Penyedia Maklumat pihak ketiga menyediakan perkhidmatan ini tanpa tanggungjawab untuk ketepatan dan kebenaran. Dengan menggunakan perkhidmatan dan/atau perisian ini, anda bersetuju bahawa ralat dan/atau peninggalan yang terkandung dalam maklumat berkenaan tidak boleh dijadikan asas kepada apa-apa tuntutan, permintaan atau sebab kepada tindakan ke atas Tradesto.

Anda mengakui bahawa perkhidmatan dan/atau perisian adalah dalam versi beta pada tahap pembangunan. Oleh yang demikian, semasa dalam mana-mana tahap beta, perkhidmatan dan/atau perisian adalah tidak stabil dan mungkin mengandungi ralat. Kami tidak menjamin bahawa fungsi yang terkandung di dalam perkhidmatan dan/atau perisian ini akan memenuhi keperluan anda atau bahawa pengendalian Perkhidmatan dan/atau Perisian ini tidak akan terganggu atau bebas ralat.

Seluruh risiko pada kualiti dan prestasi Perkhidmatan dan/atau Perisian adalah terletak pada Anda.

Had Liabiliti
TRADESTO DAN/ATAU MANA-MANA PEMBEKAL PIHAK KETIGA DENGAN JELAS MENAFIKAN APA-APA DAN SEMUA WARANTI, SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TANPA HAD, WARANTI KUALITI MEMUASKAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN DAN/ATAU PERISIAN ATAU APA-APA PENGGUNAANNYA. DALAM APA JUA KEADAAN MANA-MANA DARIPADA MEREKA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA-APA GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, PUNITIF, ATAU TURUTAN DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, BERKENAAN DENGAN APLIKASI DAN PENGGUNAANNYA.

ANDA DENGAN INI SECARA KHUSUS BERSETUJU DAN MENGAKUI BAHAWA WARANTI DI ATAS ADALAH MENYELURUH, DAN SEBAGAI GANTI KEPADA WARANTI LAIN, SECARA NYATA ATAU TERSIRAT. DALAM APA JUA KEADAAN TRADESTO DAN/ATAU PEMBEKAL PIHAK KETIGA ATAU PENGARAH, PEGAWAI, STAF, KONTRAKTOR DAN EJENNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEUNTUNGAN YANG HILANG, KERUGIAN JUALAN, KERUGIAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN PELUANG, KEHILANGAN MAKLUMAT, KERUGIAN ATAU PEMBAZIRAN MASA ATAU APA-APA GANTI RUGI KHUSUS, SAMPINGAN ATAU TURUTAN (WALAU BAGAIMANAPUN TIMBUL, TERMASUK PENGABAIAN) YANG BERPUNCA DARIPADA, ATAU BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN DAN/ATAU PERISIAN DAN PENGGUNAANNYA.

Penguatkuasaan Am

Kegagalan atau pengabaian kami untuk melaksanakan atau menguatkuasakan mana-mana haka tau syarat di bawah Perjanjian ini dan Terma dan Syarat am tidak boleh dianggap sebagai penepian hak atau syarat berkenaan. Sekiranya mana-mana peruntukan pada Terma dan Syarat ini didapati terbatal, tidak sah atau tidak berkuat kuasa, peruntukan selebihnya pada Terma dan Syarat ini tidak akan terkesan dan hendaklah terus berkuat kuasa.

Selain itu, jika mana-mana peruntukan tertentu yang terkandung dalam Perjanjian ini dan/atau Terma dan Syarat am hendaklah, atas apa jua sebab, dianggap terlalu luas dari segi masa, skop geografi atau aktiviti, terma ini hendaklah ditafsirkan dalam cara untuk membolehkannya berkuat kuasa setakat yang sesuai dengan undang-undang yang digunapakai.

Pengakuan

Anda mengakui membaca Terma dan Syarat ini, memahaminya, dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan.

Undang-undang yang Mentadbir

Kesahan Terma dan Syarat ini serta hak, kewajipan dan kaitan pihak yang terlibat hendaklah dianggap dan ditentukan menurut undang-undang Saint Vincent dan Grenadines.

NEWS UPDATE | Tradesto wish everyone to stay safe, stay at home, keep yourself clean, regularly wash your hands and practice social distance.