Chat with us, powered by LiveChat

Polisi Anti-Spam

Tradesto menganggap penghantaran atau pengedaran mana-mana emel pukal yang tidak diminta atau emel komersial yang tidak diminta (“Spam”) sebagai suatu kesalahan serius dan boleh dikenakan hukuman. Pengguna perkhidmatan Tradesto adalah dilarang sama sekali untuk menghantar atau menyebabkan Spam dihantar kepada mana-mana pelanggan Tradesto.

Selaras dengan polisi-polisi anti-spam antarabangsa, Tradesto melarang penghantaran emel ke atau melalui laman web atau perkhidmatan kami yang mengandungi perkara berikut:

Nama domain yang tidak sah atau tidak wujud;

Pengepala (header) yang tidak sah atau dipalsukan;

Nama domain internet pihak ketiga, atau dihantar dari atau melalui peralatan pihak ketiga, tanpa kebenaran pihak ketiga;

Apa-apa teknik untuk tidak memaparkan, menyembunyikan atau mengaburi mana-mana maklumat dalam mengenalpasti titik asal atau laluan penghantaran;

Cara-cara lain dalam bentuk alamat yang mengelirukan;

Maklumat palsi atau mengelirukan dalam baris subjek atau yang mengandungi kandungan palsu atau mengelirukan;

Kegagalan mematuhi piawaian teknikal tambahan seperti yang dinyatakan di bawah;

Sebaliknya melanggar Terma Penggunaan ini.

Tradesto melarang sekeras-kerasnya daripada pemungutan, penggalian atau pengumpulan alamat emel atau lain-lain maklumat berkenaan pengguna atau pelanggan Tradesto melalui laman web atau perkhidmatannya. Adalah juga dilarang daripada menggunakan perkhidmatan Tradesto dalam cara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, membebankan atau menjejaskan mana-mana aspek perkhidmatan atau dalam apa jua cara boleh menghalang penggunaan pengguna lain daripada menikmati perkhidmatan Tradesto.

Penalti awam, jenayah atau pentadbiran boleh dikenakan terhadap penghantar dan mereka yang membantu penghantar atas kesalahan penggunaan mana-mana perkhidmatan Tradesto yang tidak dibenarkan, berkaitan dengan penghantaran emel yang tidak diminta, termasuk penghantaran emel yang melanggar polisi ini.

Mereka yang melanggar undang-undang anti-spam antarabangsa mengikut negara masing-masing adalah tertakluk kepada perintah “tamat dan berhenti” atau penalti daripada pihak berkuasa. Pendakwaan jenayah juga boleh dilakukan dalam kes pesalah yang keterlaluan, yang boleh mengakibatkan penalti seperti denda, pelucutan hak hasil dan peralatan. Pesalah boleh dan mungkin juga akan dikenakan hukuman penjara.

Keperluan Antarabangsa Mengikut Negara

Australia
Spam Act 2003, Act No. 129 of 2003 seperti dipinda.

Austria
Telecommunications Act 2003

Belgium
Etat des lieux en juillet 2003, Julai 4, 2003

Kanada: C-28
Canada’s Anti-Spam Legislation (CASL)

Cyprus
Section 06 of the Regulation of Electronic Communications and Postal Services Law of 2004 (Law 12 (I) / 2004)

Czech Republic
Act No. 480/2004

Estonia
Information Society Service Act

EU
Article 13 of DIRECTIVE 2002/58/EC OF THE EUROPEAN PARLIAMENT & COUNCIL pada 12 Julai 2002

Perancis
Commission Nationale de l’Informatique et des Libert√©s (CNIL), Electronic Mailing and Data Protection (Oct. 14, 1999) (French)

Jerman
Art. 7 German Unfair Competition Law (Gesetz gegen Unlauteren Wettbewerb) (UWG)

Belanda
Article 11.7 of the Dutch Telecommunications Act and Dutch Data Protection Act.

Sweden
Swedish Marketing Act (Swedish Code of Statutes, SFS 1995:450).
Personal Data Act (Swedish Code of Statutes, SFS 1998:204).

UK
The Privacy and Electronic Communications (EC Directive) Regulations

Amerika Syarikat
CAN-SPAM Act of 2003 (15 U.S.C. 7701, et seq., Public Law No. 108-187, was S.877 of the 108th United States Congress)

NEWS UPDATE | Tradesto wish everyone to stay safe, stay at home, keep yourself clean, regularly wash your hands and practice social distance.